Brownies:
Bahan A:
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 100 ml minyak
- 1/2 cawan gula castor
Bahan-bahan yg diayak bersama:
- 1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh baking soda
Cara-caranya:
- Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.
- Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti).
- Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.
Lapisan Keju:
- 500g cream cheese
- 4 biji telur grade B
- 140g gula halus
- Sedikit esen vanilla
Cara-caranya:
- Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati.
- Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata.
- Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus.
- Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.
- Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi.
- Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
Nota:
- Kek ni boleh juga dibakar secara steam bath.