Bahan-bahan:
- 4 ekor ketam dibersihkan - perap dengan garam dan lada putih
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sehiris halia
- 1 batang serai
- 1 sudu besar cili powder - nak pedas tambah lagi
- 2 sudu sos tiram
- 2 Sudu sos cili thai
- Garam
- Gula
- 1 biji telur
Cara:
1. Blend semua bahan bawang, halia, serai dan cili.
2. Goreng sekejap ketam yang telah diperap tadi.
3. Keluarkan sedikit minyak lebih menggoreng tadi. Gunakan untuk menumis. Tumiskan bahan yang diblend tadi sampai naik minyak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili thai, garam, gula dan air secukupnya.
5. Masukkan ketam. Kacau sekejap. Pukul telur dengan garfu, curahkan keatas ketam. Kacau sekejap, siap untuk dihidang.