Bahan bahan :
– 2 ekor udang kara (telah di potong kepada tiga bahagian badan, kepala dan penyepit)
– 1 pek campuran cornbread
– 1 biji telur
– ½ cawan susu
– 4 sudu mustard
– 1 sudu madu
– 2 sudu minyak canola
– Lidi pencucuk
– Sos cili
Cara penyediaan :
● Buang kepala udang kara,camtumkan kedua-dua isi / badan udang kara dan ikat dengan menggunakan tali agar isi udang tidak tidak berselerak saat merebus.
● Panaskan air dalam periuk dan masukan udang.
● Tunggu sehingga 10 minit atau udang bertukar warna kemerahan.
● Selepas habis proses merebus,ambil sebalang ais yang telah di campurkan dengan air lalu rendamkan udang yang telah di rebuskan supaya udang menjadi sejuk dan tidak terlebih masak.
● Setelah itu,leraikan ikatan udang sewaktu merebus dan pisahkan isi udang kara daripada kulitnya (pastikan isi udang di pisahkan dengan sempurna dan tidak berserai) dan belah dua.
● Cucuk isi udang dengan menggunakan lidi pencucuk.
● Bancuh telur,susu dan cornbread dan gaulkan ia sehingga menjadi sebati.
● Saluti isi udang dengan bancuhan yang telah di gaulkan dan sedia gorengkan ia menggunakan teknik ‘deep fry’ dengan minyak yang benar-benar panas.
● Angkat dan tapis minyak dengan menggunakan tisu.
● Siap dihidangkan
● Nikmatinya dengan sos mustard dan sos cili.