Bahan-bahan:
1 tin jagung manis
1 tin jagung krim
1 cawan sagu biji - rendam dan setelah kembang, toskan
10 ulas isi durian
1.5 cawan santan pekat
120 gram gula melaka - lebih kurang seketul - jika suka cairkan dahulu dengan memasaknya bersama sedikit air
2 tin air (ikut sukatan tin jagung)
1cm halia - hiris nipis
secubit garam
daun pandan - jika suka
Cara:
- Didihkan air dalam periuk.
- Masukkan hirisan halia, jagung tin bersama jagung krim serta gula melaka.
- Setelah mendidih, masukkan sagu biji serta durian dan secubit garam.
- Pastikan tahap kepekatan yang anda inginkan. Biasanya setelah dicampur sagu biji, ia akan mengembang dan kuah menjadi pekat. Jika tidak suka terlalu pekat, boleh tambah lebih sedikit santan cair.
- Masukkan santan pekat dan kacau selalu supaya sagu biji tidak berketul.
- Tutup api dan biarkan dalam periuk seketika supaya sagu biji mengembang dengan cantik.
- Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
- Saya hanya masukkan 120 gram gula melaka sahaja kerana jagung krim sudah mempunyai rasa lemak manis, begitu juga dengan durian.
- Selamat mencuba!