Bahan Untuk Rencah :
- 1 mangkuk udang kertas siap kupas kulit
- 1 mangkuk tauhu goreng potong dadu
- 3 sudu besar kicap pekat
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 1/4 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1 buku stok ikan bilis
Bahan Hiasan :
- Bawang goreng
- Daun sup
* kalian boleh aje tambah cili potong jika mahu*
Sukatan Bubur Nasi :
- 1 pot beras
- 1500 ml air
Cara memasak:
- Saya guna kaedah manual untuk masak ya. Zaman dulu-dulu nenek, moyang kita masak dengan dapur arang je tau takdenya periuk Noxxa yang tengah hot sekarang.
- Kalian basuh beras dan tenggekkan atas dapur gas dengan api yang perlahan sahaja. Jangan lupa tuangkan air ya..
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dalam kuali yang berlainan. Jangan sampai hangus sudah!!
- Kemudian masukkan udang kertas dan juga tauhu dan kacau.
- Dah tu masukkan pula kicap pekat dan kacau lagi.
- Nampak tak semua dah kena salut dengan kicap. Padamkan api.
- Ok kalian naikkan semula bubur nasi yang sudah kembang dan tuangkan lauk tadi dan kacau.
- Perasakan dengan stok ikan bilis, garam halus dan lada sulah. Biarkan mendidih seketika jika pekat kalian tambah air lagi ya. Padamkan api.
- Hidangkan bersama bawang goreng dan daun sup.
- Selamat mencuba..