Bahan:
- 2 keping roti sandwich
- 3 biji telur
- 3 tangkai daun sadri dipotong kecil
- 1/2 biji bawang besar ditumbuk halus
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/4 sudu teh jintan manis
- secubit (hujung jari) jintan putih
- 1/4 cawan susu segar
- secubit garam
- 2 sudu besar majerin
Cara:
- Di dalam mangkuk, campur semua bahan dan kocok sebentar sehingga sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian agak-agak sama banyaknya.
- Panaskan sedikit majerin dalam kuali leper berdiameter kecil. Tuang 1 bahagian telur. Letak sekeping roti di atasnya. Kemaskan tepi tepinya supaya berkumpul di tepi roti.
- Angkat roti dengan spatula dan masukkan 1 bahagian lagi telur ke dalam kuali. Letak semula roti di bahagian atas ke bawah pula. Jadinya sekarang, kedua-dua permukaan roti telah disalut dengan telur. Angkat bila sudah kekuningan.
- Buat perkara yang sama dengan sekeping roti lagi.
- Ketepikan.
Untuk menjadikan roti berger:
- Ambil sekeping roti telur. Letak salad, tomato dan timun. Kemudian letak berger temtahu di atasnya. Letak lagi salad, tomato dan timun di atas berger. Lepas itu tutup pula dengan sekeping roti telur lagi.