Bahan & Peralatan Membuat Kerisik :
- Kelapa yang diparut
- Kuali
- Sudip
- Pengisar kering @ basah
- Sedikit minyak (jika perlu)
Cara Membuat Kerisik :
- Jemur kelapa parut di bawah pancaran matahari selama beberapa jam.
- Masukkan kelapa parut di dalam kuali. Goreng kelapa parut hingga keperangan tanpa menggunakan minyak.
- Gunakan api yang kecil kerana kelapa mudah hangit. Jika menggunakan api besar pun boleh asalkan tidak henti dari mengacaunya.
- Setelah kelapa perang kecoklatan, guna pengisar kering dan kisar hingga keluar minyak.
- Boleh juga menggunakan pengisar basah tetapi tambahkan sedikit minyak masak di dalamnya. Jangan biarkan kelapa menjadi sejuk kerana sukar untuk hancur.
- Sedia digunakan sebagai bahan masakan seperti rendang, kari dan sebagainya.
- Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk dan tahan lama.
- Jika tidak mahu disimpan dalam peti sejuk pun tidak mengapa, cuma pastikan di atas permukaan kerisik sentiasi dipenuhi minyak. Jika tidak ia akan cepat rosak.