Bahan:
- 1 bungkus puff pastry Kawan. ( 1 bungkus ada 10 keping)
Inti:
*Inti ni kalau nak buat inti karipap pun takde hal. Boleh je. Yang ini ikut kesukaan masing-masinglah. Tapi kalau nak ikut resepi sayapun no hal jugak.
- 2 ketul dada ayam dipotong dadu
- 1 biji ubi kentang dipotong dadu
- 1/2 batang carrot dipotong dadu
- 1 labu bawang besar dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih dicincang halus
- 1/4 capsicum hijau dipotong dadu
- 1/4 capsicum merah dipotong dadu
- 1/2 batang celery dipotong dadu
- 1/2 biji tomato dipotong dadu
- sedikit lada hitam
- 1 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar butter
- sedikit air
Cara-caranya:
- Tumis bawang putih dengan menggunakan butter. Bila naik bau masukkan tepung gandum. Kacau. Apabila berbuih, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu adunan yang pekat dan tidak berketul. Apabila masuk air, adunan mestilah dikacau cepat cepat. Kemudian masukkan ayam. Bila sebati, masukkan bahan lain kecuali tomato. Rasakan garam. Sebelum matikan api, masukkan tomato. Ketepikan sehingga suam.
- Keluarkan pastry kawan dari peti ais sebaik mahu menggunakannya. Ambil sekeping yang agak-agak sudah boleh digunakan dan gelek sedikit dengan penggelek. Letak inti di tengah-tengah. Ambil keempat-empat hujung pastry dan kumpulkan di tengah. Ikat dengan tali dan betul-betulkan kelopaknya.