Bahan-bahannya:
- Sebuku roti
- 1 tin sardin saiz sedang
- 1 labu bawang besar - didadu kecil
- 2 - 3 biji cili merah - didadu kecil
- 3 - 4 limau kasturi - diambil jusnya
- garam secukup rasa
- Sedikit bancuhan tepung gandum & air - sebagai pelekat
- Penggelek
Bahan Inti:
- Sardin dituang ke dalam mangkuk, dibuang tulang & perutnya; kemudian dilecek. Masukkan sekali sos sardin tadi bersama dengan bawang, cili merah & jus limau kasturi. Tambah garam & sesuaikan rasanya.
** Jika xsuka inti yg sebegini, boleh la dimasak terlebih dahulu seperti membuat sambal sardin.
Cara Memasak:
- Ambil sekeping roti, gelek dgn penggelek hingga nipis.
- Jika suka, boleh dibuang bhgn tepi roti terlebih dahulu.
- Letak inti ditengah-tengah,sapukan bancuhan tepung dikeliling tepi roti dan lipat memanjang atau segi tiga.
- Tekan bahagian tepi dgn garfu.
- Goreng dlm minyak panas sebentar sehingga roti bertukar keperang-perangan.
- Sangat sedap dimakan ketika masih panas/baru dimasak sbb roti masih rangup diluar & lembut je didalamnya.
Nota:
- Selain dr goreng begini, boleh juga kita pelbagaikan dgn mencelup roti ke dalam bancuhan tepung goreng rangup segera atau yang ini.