BAHAN TOPPING DAGING BLACKPEPPER:
- 1 tiub daging kisar Ramly,nyah beku kemudian keluarkan dan letak dlm penapis besi berlubang halus.Basuh sekejap daging dan toskan.
- 1 sudu makan lada hitam biji,basuh dan ditumbuk halus
- 3 sudu makan sos lada hitam
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh Hilal@ sedikit perasa
- Garam secukup rasa
- 2 biji kentang,kupas dan potong dadu 1 cm kemudian rebus empuk.Toskan air
- 1 sudu teh gula@sesedap rasa
- 1 labu bawang besar dicincang
- 1/2 cawan air
- Sedikit batang daun sup dihiris,jika ada
- Bahan tumis ditumbuk halus:
- 1 cm halia
- 2 ulas bawang putih
CARA-CARANYA:
- Panaskan sedikit myk dlm kuali,masukkan bahan tumis dan kacau hingga kekuningan kemudian masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
- Masukkan daging dan lada hitam yg ditumbuk,kacau sebati dan biar mendidih hingga kering.Kacau sekali sekala agar tidak berkerak.
- Masukkan air,kentang dan semua bahan2 lain termasuk batang daun sup.
- Kacau sekali sekala,rasa sesedap selera dan goreng hingga kering.
- Tuangkan inti daging kedalam penapis besi,biarkan minyak tersejat dan daging sejuk.Bolehlah digunakan sebagai topping pizza berdaging.
# Boleh juga guna kepingan daging@ayam utk burger yg digoreng dan dicincang halus,dimasak bersama cendawan butang dlm tin yg dihiris nipis.
BAHAN SOS PIZZA HOMEMADE:
- 1/2 cawan sos cili
- 2/3 cawan sos tomato
- 2 biji tomato masak didadu halus
- Sedikit garam( jgn masin sgt sbb nanti nak letak inti lagi)
- Sedikit gula jika suka manis lagi
- 1/2 sudu teh Hilal
- Secubit serbuk oregano
- Seulas bawang putih diketuk
- Sebiji bawang besar,dicincang halus
CARA-CARANYA:
- Letak 1 sudu makan minyak dlm kuali,tumis bwg putih.Bila dah sedikit kuning keluarkan bawang tu dan masukkan bwg besar,kacau hingga layu.
- Masukkan semua bahan2 dan setengah cawan air.Kacau dan masak hingga sedikit kering dan pekat.Sejukkan sebelum guna k.
BAHAN DOH ROTI PIZZA:
- 3 1/2 cawan tepung high protein@tepung gandum( ina guna tepung gandum cap Sauh ja) di ayak bersama
- 1 sudu teh baking powder kedalam bekas besar.
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 sudu makan penuh marjerin pelangi
- 3 sudu makan minyak Zaitun (Boleh guna minyak jagung@minyak masak jika tiada minyak zaitun)
- Secubit serbuk oregano (Oregano utk bau ja x jejas rasa pizza kalau x letak pun k,jgn risau kalau x ada)
- 2 sudu makan water roux( kalau x nak buat water roux boleh letak 1 sudu teh bread softener jika ada)
- Sedikit minyak utk sapu pd tgn ketika menguli dan membentuk.
- Inti dan pelbagai topping pizza
- Cheese
BAHAN PERAPAN YIS:
- 1 cawan air suam
- 1 sudu makan yis Mauripan
- 3 sudu makan gula
- 3 sudu makan susu pekat
- 1.Satukan gula dlm air suam,kacau hingga gula larut.Masukkan susu dan yis,kacau dan perap 10 minit hingga berbuih.Siap...bolehlah mula menguli doh pizza.
CARA-CARANYA:
- Taburkan garam dan serbuk oregano kedalam tepung,gaul rata dan masukkan marjerin serta minyak zaitun.Gaul rata.
- Masukkan water roux dan perapan yis sedikit2 sambil terus uli hingga adunan sebati dan menjadi doh yg lembut,licin dan x melekat pd tgn dan bekas.
- Sapukan sedikit myk pd tangan dan uli hingga adunan elastik.Perap doh 1 jam dlm bekas bertutup.
- Sapu sedikit myk pd tangan dan uli sekejap doh utk buang angin berlebihan,bulatkan doh dan canai.Bentukkan roti pizza dgn kreativiti sendiri.
- Sapukan sos,letak sebarang topping,taburkan cheese dan bakar dgn suhu 150 selama 20 minit.ikut oven masing2..Selamat mencuba,moga bermanfaat ya