Bahan-Bahan:
- 4 keping roti
- 4 sudu besar gula pasir
- 2 biji telur
- 2 sudu besar butter
- 1 tin susu cair ideal – 375ml @ susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila
Bahan Kering –
- 1/2 cawan cornflakes
- kismis, badam, gajus
- 2 biji aprikot (dihiris)
- 2 biji kurma (dihiris)
- 2 biji buah tin (dihiris)
* Ikut selera nak letak bahan kesukaan anda
Cara Membuat:
- Sapukan roti dengan butter, sebelah bahagian roti sahaja.
- Potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan. Masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.
- Susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.
- Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. Setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.
- Kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. Biarkan roti kembang sekejap.
- Masukkan adunan ke dalam pengukus. Kukus menggunakan api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.
- Bila dah masak, boleh di makan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais).