Bahan-Bahan :
- Beberapa keeping daging Burger Ramly atau Ayamas – beli yang berjenama sedap sikit ;) – Kalau nak pakai daging fresh better pakai daging hancur (minced beef)
- Sos tiram, sos tomato, dan sos cili – main tuang ikut suka hati je maybe dalam anggaran 2-3 sudu utk setiap jenis sos, secukup rasa lah ye
- Sedikit kicap manis - nak warna sedikit gelap
- Sedikit lada sulah
- Bawang putih diketuk atau dicincang
- Bawang besar dipotong dadu
- Timun jepun dipotong dadu
- Tomato dipotong dadu
- Cili capsicum hijau dipotong dadu
- Boleh juga pakai frozen mix veggies. Terpulang lah nak pakai sayur apa pun ;)
Cara-cara :
- Tumis sedikit je minyak, masukkan bawang putih diketuk. Masukkan daging burger yang dipotong dadu kecil-kecil. Daging burger ni banyak lemak dan minyak, jadi guna sikit minyak pun dah cukup. Goreng sebentar sehingga daging masak sambil-sambil hancurkan lagi daging tu dalam kuali menggunakan sudip. Kalau hancur senang sikit nak isi dalam roti nanti. Masukkan lada sulah.
- Apabila daging dah lembut, garing dan masak elok, tuang kan sos dan kicap secukupnya. Tuang juga sedikit air. Fungsi air tu supaya daging kebab tu menyerap rasa sos-sos yang kita masuk tadi disamping melembutkan daging yang digoreng tadi. Rasanya mesti manis –manis sikit okay. Masukkan garam jika perlu.
- Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang telah dipotong. Goreng seketika sehingga sayur masak dan tetapi masih rangup (jangan terlebih masak sayur tu). Boleh lah dihidangkan sebagai inti sandwich, atau inti didalam roti pita.
P/s :
Kalau anak-anak tak suka sayur, boleh potong kecik-kecik sampai dia tak boleh beza yang mana sayur dan yang mana daging hihihi…