Bahan-bahannya:
- Beberapa buah terung, potong 1 1/2inch dan belah tengah pastikan jangann putus
- Beberapa udang besar, bersihkan, potong dan cincang hancur
- 1-2 ulas bawang putih dicincang hancur
- 1-2 batang daun bawang dari putih dan hijau dihiris nipis-nipis (seluruh daun bawang digunakan)
- SEDIKIT tepung jagung, minyak bijan, sos tiram, lada sulah putih, garam, gula, cuka hitam, serbuk pati ikan bilis
Cara-caranya:
- Bahan2 No.2,3,4&5, dicampurkan sekali dan gaul sehingga sebati dan biarkan dalam peti sejuk selama setengah jam
- Lepas tu sumbat sesudu kecil kedalam tengah-tengah terung dengan cermat dan goreng dengan sedikit je minyak kedua belah dalam 2mins.
- Selepas selesai goreng terung tadi, angkat dan susun dalam bekas untuk dikukuskan selama 5min atau sehingga terung dah lembut dan inti dah masak. Tutupkan api.
Bahan-bahan untuk kuahnya:
- Sedikit sos tiram, air, gula dan tepung jagung (gaul sebati dan masak sehingga pekat)
- tuangkan keatas terung yang dah dikukus dan hidangkan