Bahan - Bahan Roti Burger :
Doh Roti Burger:
- 300g Tepung High Protein/ Tepung Roti
- 2 sb Gula
- 1 sk Garam
- 1 ½ sk Yis
- 1 biji Telur (kecil)-('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nanti)
- 2 sb Marjerin atau Butter
- 160 ml Susu Segar
Untuk Gliss:
- baki telur tadi+1 sk Susu Segar+beberapa titik Madu
- sedikit Sesame Seed
Cara - Cara :
- Masukkan yis ke dalam sedikit air suam selama 5 minit.
- Satukan semua bahan doh kecuali butter didalam bowl. Gaul sebati. Masukkan yis kedalam bahan tepung dan uli. Jika terlalu kering, tambah lagi air. Jika terlalu lembik, tambah lagi tepung.
- Uli doh sehingga tidak melekat kat tangan kalau pakai mixer tu 10 minit je uli. Nak uli pakai tangan pun boleh. Tips untuk roti yg tak keras kite uli pakai plastik. Kira bila doh da tak melekat kat tangan tu masukkan doh dalam plastik dan picit² je dari luar plastik tu boleh buat sambil tengok tv. Uli dalam 15-30 minit, tak rasa lama pun sebab sambil tengok tv.
- Masukkan doh ke dalam bowl tadi dan sapu butter & uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perapkan doh selama 1 jam.
- Selepas doh diperap, uli sekejap doh sekali lagi dan bentukkan ruti dengan bentuk yang disukai. saya buat 10 bijik roti.
- Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan ruti dengan bancuhan telur dan tabur sesame seed di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
Bahan - Bahan Unruk Patty :
- 500g Daging Kisar
- 2 ulas Bwg Putih
- 3 ulas Bwg Merah
- Garam
- serbuk Lada Hitam
- serbuk Kari
- serbuk Paprika
- serbuk Basil
- * boleh letak sesuka hati banyak mana dan rempah yang disukai
- 1 bijik Telur
- Bread Crumbs
Untuk Make-up Burger:
- Tomato
- Salad
- Cheese
- Telur
- Cucumber Pickle
- Mayonis
- Sos Cili
*apa-apa yangg korang rasa nak letak dalam burger tu.
Cara - Cara :
- Blend bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan bahan yangg telah diblend ke dalam daging kisar. Gaul sebati.
- Masukkan segala serbuk dan garam kemudian gaul lagi hingga sebati.
- Pecahkan telur sebijik dalam daging tadi kemudian gaul lagi..hehe sila rajin gaul-gaul ea.
- Masukkan bread crumbs sedikit demi sedikit, agak-agak dah boleh bentukkan daging kita tu cukup la.
- Bentukkan adunan daging tu dengan bentuk bulat atau apa-apa bentuk daging burger yang korang nak.
- Bakar daging burger yang dah korang buat dengan bersungguh-sungguh. Ioilss pakai pemanggang ajaib je, sonang.
- Sapukan butter kat roti yangg kite buat tadi tu then letak skali dlm pemanggang ajaib, bila butter da jadi brown gold-gold tu boleh angkat. Jangan lame pulak nanti hangus roti.
- Boleh letak sayur dan apa-apa bahan make-up yang korang suke dalam burger tu.