Bahan-Bahan adunan Takoyaki:
- 200g tepung takoyaki
- 650ml air
- sebijik telur
( Campurkan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul)
Bahan-Bahan untuk inti:
- Sotong, Isi ayam, crab stick (kena rebus dulu)
- Kubis (dihiris nipis)
- Daun Bawang
Bahan-Bahan utk tabur:
- sos takoyaki (saya buat sendiri)
- mayonis putih gebu..hehe
- serbuk nori (seaweed)
- bonilo flakes
Bahan-Bahan sos Takoyaki:
- 1 cawan sos tomato
- air asam jawa
- kicap
- 2 ulas bwg putih
- 2 hiris halia
- ( Masukkan semua bahan di dalam periuk pada api yang sederhana
- dan kacau sehingga sos menjadi pekat)
Cara-Cara:
- Panaskn pan takoyaki dan sapukn minyak ckit.
- Masukkn adunan Takoyaki ke atas pan kemudian letak isi yang telah disediakan dan letak hirisan kubis, kalau suka daun bawang, korang boleh tambahkn daun bawang juga.
- Sengetkan Takoyaki bila tepung da mula masak,tambahkn adunan tadi pada ruang-ruang kosong takoyaki. Buat bulat cantik-cantik tau.
- Bila Takoyaki dah jadi bulat, korg bleh pusing-pusing kat pan tu untuk biarkan setiap sudut takoyaki tu masak...
- Angkat Takoyaki yang sudah masak.
- Tuangkn sos Takoyaki, mayonis, serbuk nori dan bonilo flakes.