Bahan-bahannya:
- 4 biji tauhu putih
- 4 sudu besar tepung goreng pisang/ tempura
- 1 sudu kecil serbuk cukup rasa/ serbuk perasa ayam
- 1 sudu kecil lada hitam yg dikisar
Cara-caranya:
- potong tauhu setebal 1 cm- ketepikan
- gaulkan semua bhn kecuali tauhu
- sediakan bekas yg mengandungi air sejuk atau campuran air dan ais
- ambil sekeping tauhu yg dipotong tadi dan celupkan di dalam tepung yg telah digaulkan tadi.
- masukkan di dalam bekas yg mengandungi air sejuk, angkat dan masukkan kembali ke dlm tepung. tekan sedikit untuk memastikan tepung melekat dgn kemas.
- goreng dalam minyak yg banyak dan panas. angkat setelah warna bertukar keperangan.
Nota:
(enak dimakan ketika masih panas bersama sos keju, mayonis atau sos cili)