Bahan-bahan : (6" loose pan)Base:
-100g biskut marie,kisar halus.
-50g butter,cairkan.
***Gaul rata biskut dan butter.
Padat-padatkan pada dasar loyang kek yang telah dialaskan dengan baking paper.
Ketepikan dalam peti sejuk.
Bahan cheese durian :
-125g cream cheese, suhu bilik
-20g-30g gula kastor, bergantung pada manis buah durian
-200g isi durian,boleh dblend halus dulu.
-175g whipping cream, dipukul hingga mousse state (bertanduk tapi masih lembut, macam meringue soft peak)
-1/2sb gelatine Halagel
-1sb + 1/2sb air hangat
Bahan cream :
-50g isi durian manis,hancurkan.
-50g fresh cream,diputar kaku.
***Campurkan kedua-duanya hingga sebati.
Masukkan ke dalam piping beg.
Cara Penyediaan :
● Pukul cream cheese dan gula hingga gebu.
● Masukkan isi durian,gaul hingga sebati.
● Masukkan gelatin ke dalam cawan/bekas kecil berisi air hangat.
● Biarkan 5 minit untuk ia mengembang.
● Kemudian cairkannya secara double-boiler atau guna microwave oven.
● Ketepikan.
● Pukul whipping cream hingga pekat dan gebu,seperti mousse.
● Jangan overbeat!
● Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese,gaul sebati.
● Masukkan whipping cream tadi,kaup balik hingga sebati.
● Tuang adunan ini ke dalam loyang.
● Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam hingga cheesecake keras.
● Menggunakan hair dryer,lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali.
● Guna suhu paling perlahan [ sy celup tuala bersih dalam air suam,pastu lap keliling loyang dalam 3, 4 kali ].
● Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
● Siap dihidangkan.