Bahan A :
– 5 gram agar-agar serbuk - Jenama NONA.
– 60 gram gula merah.
– 6 camca besar gula.
– 1 helai daun pandan - disimpul.
– 650 ml air.
– Sedikit pewarna coklat.
– 2 sudu besar gula pasir - Jika perlu.
Bahan B :
– 5 gram agar-agar serbuk.
– 300 ml pati santan.
– 400 ml air.
– 1 camca besar gula.
– 1 helai daun pandan - disimpul.
– 1/2 sudu kecil garam halus - bagi rasa lemak sahaja.
– Cendol secukupnya.
Cara-cara :
1. Agar-agar gula merah :
● Satukan gula merah,gula pasir,daun pandan dan 200 ml air, masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
● Satukan baki air dengan serbuk agar-agar.
● Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar-agar larut.
● Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat.
● Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis,tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka.
● Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci atau acuan pilihan. Ketepikan sebentar.
2. Agar-agar santan B :
● Satukan serbuk agar-agar,air,daun pandan dan gula,kacau rata dan masak hingga mendidih.
● Tambah santan dan kacau rata.
● Masukkan sedikit garam biar rasa lemak-lemak,kacau rata dan biar suam.
3. Agar-agar cendol :
● Bila agar-agar gula merah hampir keras,cakar-cakar permukaannya dengan garfu,kemudian tabur cendol secukupnya diatas agar-agar gula melaka tadi. Ratakan.
● Tuang pula agar-agar santan perlahan-lahan atasnya hingga habis.
● Biar hingga hilang wap panas,kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar-agar keras.
● Potong dan hidangkan sejuk.
● Sedia untuk dihidangkan.