Bahan A
-2 gelas air
-2 sudu minyak masak
-Garam, Gula, serbuk perasa
Bahan B
-1 gelas Isi ikan tenggiri cincang halus JANGAN kisar
-Daun sup hiris
-2 biji bawang merah
-1 biji telur
-2 Gelas Tepung gandum
Cara-caranya:-
Didihkan bahan A, kemudian tutup api.
Masukkan semua bahan B gaul rata sehingga sebati. Biarkan sejuk, kemudian panaskan minyak, bulat-bulatkan adunan goreng dengan minyak terendam.
*sekiranya tangan melekit boleh basahkan tangan dengan sedikit air.
*jangan sesekali tabur tepung ketika membentuk doh menjadi bulat.
*Bole dimakan bersama sambal.
*Jangan bubuh rempah ratus berlebihan, kerana akan menenggelamkan rasa ikan tenggiri.
Selamat mencuba