Bahan-Bahan:
-1 tin kacang panggang dalam tin
-400gm daging kisar = 2 keping daging burger
-2 sudu minyak sapi atau butter
-1 sudu serbuk kari daging
-1 biji bawang holland (dipotong dadu)
-2 ulas bawang putih (dicincang)
-garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan
-1 batang cili merah atau hijau
-daun sup hiris
-telur mata separuh masak
Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar dan telor goreng separuh masak.
Selamat mencuba