Resepi Peri-Peri Chicken
Bahan-Bahan:
1. Ayam
2. Batang saderi-lebih kurang setengah batang (resepi asal tak letak)
3. Cili merah 4 biji
4. Cili padi 3 biji
5. Daun bay kering 3-5 keping
6. Perahan air limau nipis -5 biji
7. Bawang putih 7 biji
8. Serbuk paprika/cayyenne /cajun kalau ada ( saya letak cayyenne & cajun sahaja)
9. Minyak masak 1/2 cawan (resepi asal guna olive oil)
10. Garam gula secukup rasa
11. Carrot/ubi kentang/ubi keledek/tomato cherry/asparagus -potong dan perap dengan sedikit garam dan blackpepper
|
Blend cili+bawang putih +daun bay + batang saderi + gula + garam + serbuk cayyene +cajun + minyak +air limau nipis |
Cara:
Blend semua bahan , perap selama yang mungkin 3-6 jam (saya perap 4 jam)
*sy cucuk2 ayam guna lidi nk bg bahan perapan mudah masuk dlm ayam (tapi tak tau la masuk ke tak sebenarnya 😆)
Susun Carrot/ubi kentang/ubi keledek/tomato cherry/asparagus yang dah dipotong/perap di sekeliling ayam
Bakar lebih kurang sejam suhu 180 ikut oven masing2.
*baki bahan perap tu sy masak dengan butter dan tambah 2 sudu gula untuk jadikan sos pencicah
|
Siap di blend. Boleh rasa dan adjust sesedap rasa. |
|
Sapukan bahan perap tadi pada ayam. Cucuk2 skit nak bagi bahan perap masuk dlm ayam |
|
Perap ubi kentang+ carrot+ keledek dengan garam dan black pepper |
|
Siap untuk di bakar |
Butter Rice :
Bahan-Bahan:
1. 1 cawan beras
2. 4 sudu besar butter
3. Sedikit garam
4. Sayur campur (sy letak carrot yang dipotong dadu & daun parsley cincang sahaja)
Cara-Cara:
Masak nasi dengan sukatan air mcm biasa dan masukkan butter, garam sayur campur. Masak sampai nasi masak. Siap