Bahan-bahannya:
- Daging merah dalam keadaan beku atau separa beku.
- Mudah dipotong kerana untuk mendapatkan kepingan daging yang nipis.
- Letakkan di dalam tapis untuk menapis air lebihan daging.
- Perlu basuh selepas dipotong nipis ?
- Tak perlu. Saya basuh ketika seketul besar. Hanya lalukan air sahaja.
- Bila kena basuh ?
- Basuh ketika seketul besar dengan hanya lalukan air sahaja. Bila sudah hiris nipis jangan dibasuh lagi.
- Apabila basuh selepas dipotong, manis dan nutrisi daging akan menyusut nilainya kerana larut dalam air.
Sediakan bahan bahan untuk menjeruk.
- Bekas kontainer
- Garam halus
- Limau kasturi yang dibuang biji
Cara Penyediaannya:
- Susun daging di dalam bekas kontainer.
- Taburkan garam rata ke seluruhan daging.
- Perahkan limau ke serata daging.
- Susun lagi daging dilapisan seterusnya. Taburkan garam ke serata daging.
- Perah limau lagi ke serata daging.
- Ulang lagi melapis daging => garam => perahan limau
- Sehingga habis daging tersebut. Masukkan limau yang telah diperah tadi.
- Siap untuk diperam. Saya letakkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.
- Selepas satu hari, daging mula berubah warna setelah mengalami proses penapaian.
- Saya tunggu lagi seminggu baru masak supaya daging men jeruk sebaiknya.
- Saya masak setelah daging menjeruk seminggu.
- Makan dengan nasi putih sahaja. Sedap rupanya daging jeruk ini.