Bahan-bahan :
- 6 ekor sotong dicuci bersih
- 2 sudu besar cili kisar
- 5 sudu besar sos cili thai (saya guna kimball)
- Garam, Gula, Bawang putih dipotong dadu (untuk tumis)
- Bawang merah dipotong (untuk tumis)
- 1 labu bawang besar dipotong bulat
- 2 biji lada merah dipotong (boleh juga menggunakan cili api)
Cara masak :
1. Goreng sotong dalam kuali tanpa minyak untuk mengeluarkan airnya.
2. Angkat dari kuali bila sotong hampir masak. Toskan. Ketepikan sotong. Simpan air sotong.
3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum baunya.
4. Masukkan cili kisar, sos cili thai dan air sotong. Masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang besar dan cili potong bersama sotong. Jika terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit lebihan air sotong tadi.
7. Goreng sekejap dan boleh dimatikan api. Sedia dihidang