Bahan-bahan:
- 2 ekor sotong seberat 600g, dipotong
- 2 sudu besar minyak
- 2 batang serai, gunakan bahagian warna putih sahaja dan hiris
- 1 biji bawang besar, dikupas kulitnya dan dihiris
- 2 cili merah, dipotong
Perisa:
- 3 sudu besar HEINZ BBQ Sauce Original
- 2 sudu besar HEINZ Chili Sauce
- 1 sudu besar HEINZ Sos Tomato
- 1 sudu besar sos soya
Cara-cara:
- Rebus sotong dalam air panas selama 1 minit. Keringkan
- Panaskan minyak dalam hot plate, masukkan serai, bawang dan cili merah hingga wangi
- Masukkan perisa, sotong dan goreng dalam masa setengah minit. Sedap dihidangkan bersama nasi.