Bahan-bahan:
- 2.5 cawan tepung pau (guna tepung gandum pun boleh, ni sebab nak habiskan tepung pau dalam simpanan)
- 2 biji telur
- 1 cawan air
- 3/4 susu cair
- 4 sudu makan minyak canola
- 6 sudu makan blueberry filling
- secubit garam
- gula icing secukupnya
Cara:
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan air dan susu cair. Pukul lagi.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diakhiri dengan minyak canola.
3. Boleh tapis adunan untuk menghilangkan ketulan tepung sekiranya ada.
4. Masukkan blueberry filling dan kacau sebati.
5. Panaskan kuali non stick dan tuangkan satu senduk adunan.
6. Terbalikkan pancake supaya masak kedua-dua belah.
7. Masak adunan sehingga habis.
8. Untuk menikmatinya, taburkan icing di atas permukaan pancake tadi.