Bahan-bahan:
- 4 cawan beras - saya gunakan beras basmathi (direndam selama 20 minit) - untuk resepi risotto sebenar, gunakan beras Arborio iaitu beras Itali yang berbentuk lebih pendek, besar dan bulat
- 6 cawan air
- 2 sudu makan stok ayam pekat
- 1 tin jagung
- 20 biji bebola sotong
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 1/2 sudu makan lada putih - ditumbuk
- bawang goreng
- 5 sudu makan mentega
Bahan hiris:
- 2 biji cili merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 4cm halia
Cara:
1. Panaskan mentega di dalam rice cooker.
2. Tumis semua bahan hiris termasuk buah pelaga, dan kulit kayu manis sehingga wangi.
3. Masukkan air dan stok ayam pekat. Biarkan mendidih.
4. Masukkan lada putih, beras, jagung dan bebola sotong.
5. Kacau rata dan kemudian tutup periuk.
6. Biarkan hingga nasi masak.
7. Gaul bersama bawang goreng sebelum dihidangkan.