Bahan-bahan:
- 2 biji epal hijau - potong ikut suka - saya potong bentuk wedges - jangan lupa buang biji dan tangkainya
- 1 sudu teh serbuk oregano
- 1 sudu teh serbuk ENO
- 4 sudu makan tepung gandum
- 4 sudu makan tepung jagung
- 6 sudu makan susu segar - jika adunan terlalu pekat boleh tambah lagi
- 1 sudu teh gula
- garam secukup rasa
- minyak
Cara:
1. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, serbuk oregano, gula dan garam dalam sebuah mangkuk.
2. Adun bersama susu segar hingga sebati.
3. Akhir sekali tuangkan serbuk ENo dan adun hingga rata.
4. Biarkan adunan selama 5 minit.
5. Panaskan minyak, dan celupkan kepingan epal ke dalama adunan.
6. Goreng sehingga masak.